Awas !!! Peminat Lagu Reggae dan Rasta
Di dalam kereta ana memang tiada perkara
lain yang boleh dibuat selain mendengar radio. Biasalah, setiap radio
mesti ada lagu. Kadangkala ana ubah siaran ikut citarasa dan kesesuaian
waktu. Jadi ada satu stesen radio yang ada mengetengahkan lagu yang ada
lirik “reggae”.Ini sangat merbahaya! Kenapa? Biar ana terangkan dan
sebarkanlah hal ini kepada rakan-rakan para pembaca yang tidak
mengetahui atau telah terdorong dengan ideologi ini.
Lagu reggae adalah adik beradik dengan
rambut dreadlock, rasta, warna bendera hijau/kuning/merah yang ada singa
(atau tiada), penutup kepala warna seperti itu dan sebagainya. Ia
ikutan terutama ramai belia dan tidak terkecuali kanak-kanak setahun
jagung dan warga tua yang menjenguh usia. Malang sekali, berapa ramai
yang tahu bahawa rastafarism adalah agama! Dan siapa yang menyerupai
mereka tergolong dalam golongan itu. “Dari Ibn Umar r.a
berkata : Sabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang menyerupai satu-satu
kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka.” Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tabrani.
Jika
kita tanya dari mana datangnya perkataan rasta, memang kebanyakan tidak
tahu. Rastafari datang dari nama pemimpin mereka yang dikatakan
merupakan jelmaan Jesus Christ iaitu Ras Tafari Makonnen @ Emperor Haile
Selassie 1. Beliau bukanlah pengasas kerana pengasasnya adalah Marcus
Garvey yang menggerakkan pertubuhan “Back to Africa” bermula di Jamaica.
Beliau menganggap dirinya sebagai John The Baptist kedua dan mengatakan
bahawa jelmaan Jesus Christ akan menduduki takhta Ethiopia iaitu Ras
Tafari Makonnen. Ras Tafari Makonnen menggelar dirinya sebagai Haile
Selassie yang bermaksud Kekuatan Triniti. Triniti wujud di dalam
Christian iaitu simbol bagi Jesus Christ, God dan Roh Kudus.
Cukuplah
tentang nama Rasta @ Rastafarism sendiri. Sekarang kita lihat kepada
celoreng Rasta iaitu hijau, kuning dan merah. Hijau melambangkan
kesuburan tanah Ethiopia, Kuning melambangkan kekayaan Afrika
(emas/permata) dan Merah melambangkan darah bangsa Afrika yang mati
berjuang. Singa di tengah adalah Singa Judah. Singa Judah boleh didapati
dalam Judaism. Inilah warna baju yang anak muda pakai dengan bangga,
penutup kepala yang dibanggai, warna kereta dan motor yang ditonjol
tanpa mengetahui apa maksudnya.
Dreadlock.
Stail rambut yang sangat-sangat hebat! Tapi awas, pengikut Rasta
mengenakan rambut Dreadlock kerana di dalam Kitab Injil ada mengatakan
jangan memotong rambut (Leviticus 21:5), rambut Dreadlock simbolik
kepada singa Judah dan ia simbol kekuatan Rasta di Afrika. Jadi, adakah
anda masih ingin ber Dreadlock? Fikirkanlah. Manusia diberi akal fikiran
yang sempurna oleh Allah untuk berfikir antara buruk dan baik.
Canabis
@ Ganja. Lukisan daun ganja memang bersepah di baju, topi, ukiran
cincin dan rantai. Rasta tidak memilih daun ganja hanya kerana ia
mengkhayalkan tetapi sebenarkan kerana mereka mengikut Kitab Injil yang
menyatakan ganja digunakan sebagai ubat contohnya di dalam Genesis 3:18
dan Exodus 10:12. Jadi, kepada yang ada perhiasan kepala, baju dan
sebagainya yang ada lambang ini disertai tiga warna tadi, buanglah dan
kembali kepada Allah. Sesungguhnya keampunan Allah itu tiada bertepi.
Lagu
Reggae. Inilah lagu diminati ramai orang kerana ia perlahan dan penuh
rentak. Lagu Reggae dipopularkan oleh ikon Rasta iaitu Bob Marley.
Biasanya peminat reggae atau Rasta mesti ada gambar Bob Marley. Tapi
tahukah anda Bob Marley adalah menyebar Rastafarism yang terhebat dan
sentiasa memberikan ucapan keagamaan sebelum setiap persembahan kepada
tuhan Rasta iaitu Jah Rastafari? Teliti setiap lirik lagu reggae dan
anda dapat lihat lirik keagamaan di dalamnya.Bob Marley menganuti
Rastafarism pada tahun 1966. Tapi agak ironik kerana Bob Marley mati di
dalam agama Kristian ortodox + Rastafarism kerana beliau dibaptiskan
beberapa bulan sebelum kematiannya. Bob Marley antara penyebar Rasfarism
dan kini pengikut Rasta dalam lingkungan 1 juta orang.
Mudah-mudahan, semoga ilmu ini dapat
kita sebarkan kepada rakan-rakan kita, saudara-mara kita atau sematkan
di dalam hati kita bagi yang obses dengan Rastafarism atau Rasta dan
kembalilah ke jalan yang benar iaitu Islam. InsyaAllah, ana harap ana
istiqamah dengan perjuangan ana, wassalam.
by : http://sebaikbaikcahaya.com